Mahir Short Learning Series - Pouch Bag Comel
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2026, dua orang peserta telah mengikuti sesi Mahir Short Learning Series - Pouch Bag Comel yang dijalankan melalui platform YouTube Studio Mahir bagi memberi pendedahan tentang kemahiran asas menghasilkan pouch bag secara handmade. Sesi ini menekankan bahawa aktiviti jahitan memerlukan ketelitian, kreativiti serta pemahaman terhadap bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk yang kemas dan berkualiti.
Dalam modul ini, peserta mempelajari bahawa penghasilan pouch bag bukan hanya bergantung kepada kemahiran individu semata-mata, tetapi juga kepada teknik jahitan yang betul, pemilihan kain yang sesuai serta penggunaan bahan yang tepat. Peserta turut didedahkan kepada jenis-jenis kain, alatan jahitan serta langkah-langkah menghasilkan pouch bag yang kemas dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: